Tentu korang peningkan nak bagi supplement untuk Suggies korang...hmmm kat petshack.com ada disediakan produk yang amat bagus untuk sugar glider iaitu : Bugsy ® HPW ®
Kedua2nya amat sesuai dan mengikut kehendak diet sugar glider anda, boleh tahan lebih kurang 3 hingga 4 bulan dan sekarang product ni lebih memudahkan pengguna yang tidak mempunyai peti sejuk atau merasa kan susah untuk menyimpan supplement ni..jadi mereka mencipta dalam bentuk segera..iaitu boleh terus dihidangkan kepada sugar glider korang yang cumel2 tu..
Harga pon berpatutan..nanti kat bawah ni korang ley cuci mata ngn product yang bagus k..
Kat market ada pelbagai pilihan diet untuk Suggies korang so pandai2 lah korang cari n baca ingredient die masa nak membeli tu kan...tanya sebanyak soalan yang boleh kat penjual tu sebelum membayar, sebab korang mmg ada HAK...Sekarang sambung balik tentang diet untuk sugar glider
Diet yang paling dititikberat kan adalah seperti dibawah :
· Sekurang-kurangnya 25% Protien (Lebih banyak lebih bagus)
· Air
· Calcium
· Rendah lemak dan gula
PROTIEN
Protein adalah bahagian penting daripada diet setiap glider, tetapi sangat penting bagi glider betina bagi proses perternakan. Telur rebus adalah sumber protein yang baik, kerana protein yang terdapat di dalam telur akan digunakan hampir sepenuhnya. Namun begitu, anda juga boleh memberikan telur burung puyuh yang telah direbus sepenuhnya. kerana kebiasaannya jikalau digunakan telur ayam akan dikhuatiri kuantitinya terlalu banyak.
AIR
Pastikan Sugar Glider anda diberi air bersih yang secukupnya kerana air sangat penting untuk mereka. Glider ditakuti akan mati cepat kerana tidak mempunyai air yang mencukupi. Kalau boleh bagi lah air yang telah dimasak kerana air paip mengandungi pelbagai bacteria yang merbahaya
CALCIUM
boleh didapati didalam makanan kitten atau puppy..solid food ni amat sesuai untuk sistem pencernaan sugar glider..sebab di dalam makanan kucing atau anak anjing kaya dengan calcium untuk pertumbuhan gigi,kuku dan untuk memperkuatkan tulang...jangan terkejut jika sugar glider korang tidak diberikan solid food seperti ini-mereka berkemungkinan tidak upaya untuk melompat atau meluncur lebih jauh pada usia matang mereka..
ada juga geng yang bagi makanan seperti dibawah...ini mmg disarankan tapi bagi mereka yang ringan tulang je la..yang malas boleh pilih supplement seperti bugsy atau hpw..tapi harga nya..mahal skit la kan...
- Apple cina yg besar tu (buang kulit)
- yogurt (plain)
- telur rebus
- Glider nyer makanan (beli kat pet safari)
- vitamin
Note: ada member yg blend dan masuk dalam ice tray simpan dalam peti ais. Senang ambik sekiub sehari untuk makan.
- 3-5 ekor ulat setiap hari sebagai sumber protein. Ayam (daging je) rebus kadang-kadang.
(korang mmg boleh bagi ayam yang direbus untuk sugar glider korang untuk menambah protein dalam badan mereka tapi tunggu la sugar glider korang umur 3-4 bulan supaya system mereka lebih kuat untuk menghadam makanan2 berat ni)
Dan....
Hati-hati sekiranya anda terlebih bagi protein, bau air kencingnya akan lebih hancing dan berbau..hehe...sugar glider suka menanda kawasannya dgn mengunakan bau-bauan badan..lagi kuat bau lagi bagus baginya untuk menanda kawasan..termasuk la bila die menanda anda sebagai kawasannya..hehe...jgn rimas pulak kalau die tibe2 terberak ke terkencing bile kat badan anda..
Sugar glider juga akan terberak bile diangkat dari tidur atau dia dalam keadaan terkejut..so pastikan korang sediakan tisu ataupon kain untuk pastikan mereka sentiasa bersih sebab agak sukar nak bersihkan najis yang dah melekat kat ekor..
memandangkan sugar glider ni aktif dan pantas pergerakannya..so stanby before anything bad happen k....hehe :p
# hati2 tau - aku ada sorang kawan yang bagi kuaci untuk sugar glider die, bile aku research rupanya sugar glider mmg tidak sesuai untuk makan kuaci kerana mereka boleh sakit usus tersumbat..betul! mungkin sistem pencernaannya x boleh menghadam kuaci tu, sama jugak dengan buah-buahan tempatan seperti durian,nangka,tembikai, betik (segar) sebab buah-buahan tersebut terlalu berair..akibatnya sugar glider korang akan asyik terkencing saja..so ati2 dengan memberi makanan kepada sugar glider korang k...!
No comments:
Post a Comment