Semua makhluk hidup sering ditimpa sakit dan setiap penyakit ada ubatnya. Sugar Glider tidak terkecuali. Di sini diberi serba sedikit penerangan tentang penyakit dan rawatan yang diperlukan untuk ditangani.
Obesity/Kegemukan - Simptom kegemukan glider bermula bila badan dia start jadi bulat cam bergedil dan mula jadi malas serta tak aktif
Rawatan: homeopathy tak digalakkan.Dicadangkan belikan woodent wheel senior (Harga dalam Rm100) dan tambah sikit-sikit alatan untuk mereka bergayut di dalam sangkar,
Trembling or shakiness/Bergetar atau menggigil - Lepas bangun dari tidur, sugar glider memang menggigil dia punya badan.Biasalah..hehehe..tapi kalau simptom ini berlanjutan, sah masalah kekurangan kalsium.
Rawatan:Beli Calcium supplement.Beri pada peringkat awal lagi. Kena jaga diet mereka.Rujuk bantuan veterinar lepas itu.
Hair loss/Kehilangan bulu - Kalau anda perasan , glider jantan akan mula membotak kat area kepala. Jangan risau.Dia dah akil baligh maknanya.Tapi kalau bahagian-bahagian lain mula keguguran bulu..Ini sudah bahaya.Serangan fungus dan kutu mungkin dah mula landing kat atas badan glider tu.Kekurangan diet yang sihat juga memungkinkan simpton ini.
Rawatan: Jumpa vetrinar/doktor haiwan lekas.
Lack of appetite./Kurang nafsu makan -Penyakit jenis ini bawa banyak makna.Sama ada dia rasa stress pada tempat baru atau perut dia ada cacing/parasit.Jangan buat tak tahu pulak ya.Setiap kali buah/sayuran yang kita beli tu hendaklah dibasuh bersih-bersih kerana kadangkala ia ada terkandung telur cacing.Selain itu, kena periksa juga kat gigi glider tu,manalah tau kot-kot patah atau cedera.
Rawatan:kalau jenis baru beli dan bawa balik rumah tu, normal lah.Jangan panik. Kalu dia tak mahu makan jugak,bawa jumpa doktor haiwan untuk bagi makan ubat cacing.Jangan ngade-ngade nak bagi dia ubat cacing zentel yng jual kat guardian farmasi plak.
Diarrhea/Cirit birit -Berak dia jenis berair.Kalau macam ubat gigi colgate tu,ok lagi dan tak payah nak kecoh-kecoh tapi kalau berak dia dah start basah,cair,takde rupa bentuk, itu cirit namanya. Mungkin disebabkan keracunan/proses penyesuaian makanan yang baru pertama kali anda nak bagi kat dia.Makanan yang rosak/busuk dan parasit juga disyaki menjadi punca,.
Rawatan: Try bagi dia minum Glucose supplement(beli kat kedai binatang ler) dan Gatorade (atau apa2 minuman isotonik yang tak bergas).Campur dengan air suam sedikit. Tambah makanan berfiber tinggi.Kalau dah tahap nazak sangat, bawa jumpa doktor haiwan cepat terutamanya bagi peringkat joey.
Dehydration/Dehidrasi/kurang air dalam badan - Muka dia nampak pucat.nampak ketat.Try cubit kulit belakang leher dia.Kalau kembali ke asal, means selamat.Dia sihat.
Kalau kulit dia lambat kembali pada asal,dia kurang air dan kena bagi dia minum segera.
Rawatan:Air campur glucose dan gatorade (atau minuman isotonik tak bergas)
" 1water to 1 glucose mixture ratio."
Constipation/Sembelit - Kurang makan buah-buahan dan kurang minum air.Biasa time nak berak tu dia buat bunyi 'hissing'..perit wooo...
Rawatan: Satu sudu kecil pure apple juice 2 kali sehari.
Urinary Tract Infection - Penyakit susah nak kencing.Saluran kencing tersekat,masalah jangkitan kuman dan problem buah pinggang.Ini boleh jadi bila glider makan terlalu banyak high-protein, high-mineral diets.Salah satu sebab berlaku-Seller biol tamak suruh bagi makan makanan kucing(cat food).Inilah jadinya.Glider kan jadi hilang berat badan,kurang nafsu makan,selalu haus,problem nak kencing(selalu jer terkencing,banyak pulak tu),kemaluan macam terkeluar..kadang-kala kencing berdarah.
Rawatan: bawa pergi jumpa veterinar untuk ambil antibiotik
Hissing during urinating/Bunyi hissing masa kencing - Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing.Ini adalah simptom awal kepada penyakit susah nak kencing.
Rawatan: Beli pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari.
Cloudy Eyes/Mat jadi gelap putih-putih - Simptom awal buta.Terlalu banyak mealworms dan disyaki anda bagi dia terlalu banyak makan kuaci(sunflower seeds).
Rawatan: kurangkan makanan yang boleh buat dia gemuk.Tukar diet dia.Buang kuaci tu.
Eye infection/Jangkitan pada mata - Mata glider akan berair dan bertaik mata.Glider akan asyik tidur dan mata dia akan kelihatan lebih kecil
Rawatan: Lap mata glider anda menggunakan cotton bite dan gunakan air yang di steril.Jumpa veterinar untuk rawatan antibiotik atau steroids
Cold or Flu/Demam - Hidung glider akan nampak berair dan mereka selalu bersin. Bunyi nafas jadi kuat.Hidung basah sikit takpe,tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangat berairnya, itu demam selesema
Rawatan:Disyaki terlalu banyak pendedahan @direct dengan aircond yang kuat.Sangkar@cage sugar glider jadi lembab.Bau hapak.Jumpa veterinar.Kasik up vitamin C macam jus oren tau buah kiwi.
Hind Leg paralysis - Kelemahan pada kaki bahagian belakang. Nampak sangan masa dia tengah memanjat, berjalan..macam Elvis Presley buat dance masa nyanyi tak jadi.Dia mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya.
Rawatan: Kurang kalsium.Jumpa veterinar atau doktor haiwan.Tukar diet glider. Include calcium supplements sekali.
Recommended vets: (these vets are known to treat sugar gliders)
1) Dr Yeoh YEOH VETERINARY CLINIC & SURGERY
126, Jln SS 24/2, Tmn Megah, 47301 PJ, Selangor Tel: 03-78048684 Fax: 03-78052350
Dr Yeoh can neuter male gliders safely. The clinic is able to treat minor things on gliders and general check up but not great for serious cases Call to make an appointment
- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -
2) Dr Jenny HANDS “N” PAWS
C-17G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, 47301 PJ Tel: 03-7804 6539
Dr Jenny can neuter male gliders safely.
The clinic can deworm and treat serious conditions for gliders. Call before you go to make an appointment.
- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -
3) Dr Vellayan *New found but very senior in treating Exotics including Sugar Gliders in Malaysia! With more than 25 years experience under his belt.*
Dr Vellayan can neuter male gliders, give general check ups, deworm and treat general ailments.
10, Jalan L2, Phase 6A Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur Tel: 013-6246 918 Tel/Fax: 03-4108 5530
Call to make an appointment as his practise is normally during the night.
*Harga untuk rawatan sugar glider tak mahal langsung
No comments:
Post a Comment