Tuesday, July 19, 2011

SUGAR GLIDER-PENJAGAAN PEMAKANAN

Memelihara binatang exotic ini tidaklah cerewet jika korang memang suka dan berminat. Cuma korang kena fikirkan tentang kos sahaja. Jika benar2 mahu memelihara dan mengikuti diet mereka, paling minimum sebulan korang kena berbelanja adalah dalam RM 100-150 untuk 2 ekor sugar glider. Ini tidak termasuk rawatan cacing yang harus diberikan 3 bulan berturut2 yang akan diberikan di klinik Veterinar diikuti dengan setiap 3 bulan sekali. Kos bagi rawatan ini adalah di antara RM 20-35 sekali rawatan untuk seekor Sugar Glider.
Diet untuk Sugar Glider.
  • HPW - Ini adalah campuran pollen,protein dan bermacam2 lagi keperluan yang memenuhi (diet lengkap) untuk mereka dan HPW adalah wajib diberikan setiap hari. kos bagi seekor glider untuk membeli HPW untuk sebulan adalah llebih kurang RM20-25.+  manuka Honey RM 38.00
  • LC-Vit -Ini adalah sejenis cecair yang perlu dimasukkan kedalam minuman mereka bagi membantu selera makan dan juga mengurangkan kadar Stress haiwan ini. Sebotol  harga dia lebih kurang RM 20 boleh tahan selama lebih kurang 4 bulan
  • Dorang macam manusia jugak yg perlukan tibbits /treats. diantaranya ialah Yogurt drops
v
v
v

Harga dia dalam Rm 26.00 untuk 100grm
Ataupun korang boleh bagi dia campuran blueberry + yogurt drops 195grm Rm 39.00

Treats ni ada berbagai jenis tapi yang paling dorang suka nilah dia.

Di samping tu juga dorang memerlukan buah2an segar yang harus dicampurkan dengan Glider Booster-RM-19.00 (1oz) yang ni bolehlah bertahan 1-1 1/2 bulan.


Seminggu sekali pulak buah2an itu perlu dicampurkan dengan Gliderade RM 16.00 (25grm). yang ni lamalah tahan sebab cuma bagi dia seminggu sekali jer, so tahanlah 8-9 bulan


Seminggu sekali juga kena bagi dia kalsium RM 18.00 (25grm),yang ni pon boleh lah tahan sehingga 8-9 bulan.


Kalau Korang bebetul sayang Sugar Glider korang mesti korang nak tengok dia happy bila makan.Ini satu lagi benda yang dorang suka makan. Namanya Acacia Gum. yang ni pon ditaburkan pada makanan dorang setiap hari. RM 20.00(25grm). yang ni tahanlah 1 bulan -1 1/2 bulan

Dan sebagai makanan sampingan korang memerlukan Premium Sugar Glider Diet jugak.yang ni korang bagi selalunya waktu siang lah. Bila korang x ada kat umah dan bekerja, so makanan ni gantikan buah2an. Harga dia dalam RM 35.00 (250grm). yang ni tahan sebulan.

Ha! kenapa? pening kepala ker? hahahah yessss! dorang ni sangat high maintenance! so kalau mula2 nak bela tuh sakitlah sikit sebab makanan dorang ni semua mahal tapi ada yang bertahan lama so puratanya dalam RM 100-RM 150 sebulan ler korang kena spend.




2 comments:

  1. hi nak tanye la..glider booster tu kene bagi hari2 jgk ke?

    ReplyDelete
  2. Hai, SG sy baru dua bulan lbh, die lgsg xsentuh epal disalut honey, mkn kne paksa, minum pun, mcm mne ye? Adkh bterusan cmni?

    ReplyDelete