Thursday, October 27, 2011

SUGAR GLIDER-ANATOMI EKOR

HI! hari ini saya akan story sedikit perkara asas mengenai ekor Sugar Gliders dan beberapa pantang larang mengenai ekor mereka.Artikel ini saya cedok dari blog rakan-rakan sealiran dengan spesis ni.
mungkin ada sedikit penambahan dimana-mana.Enjoy ya!
Setiap ekor suggies x sama.Memasing ada keunikannya tersendiri...punya kelebihan tertentu.

Ekor suggies memang membantu ketika memanjat dan mengemudi di udara apabila ianya meluncur/'glide'. Malah ekor suggies juga boleh memegang atau membawa objek untuk mereka bawa balik ke sarang mereka. Namun ekor mereka ini tidak mampu mengampu objek yang berat kerana ekor mereka tu tidaklah sekuat mana pon cuma sekadar sisipan ketika diperlukan.

Apa terjadi pada suggies jika ekor mereka tiada? (kerana surgeri/penyakit/kemalangan)
  • Mereka mungkin tidak dapat melompat/takut untuk melompat dan jika mereka masih boleh menggelungsur/'glide', mereka mungkin kurang koordinasi dan tidak tepat ketika melompat dan mendarat.


Suggie pertama direkod memegang objek. Credit to BMX glider. Takziah juga :'
Kebanyakan ekor suggies kelihatan sama dan berukuran sama, atau panjang sedikit daripada ukuran badan mereka. Apabila suggies tidur, mereka boleh melentur ekor mereka untuk menutup sekeliling badan mereka untuk kekalkan haba.

*Peringatan. Jangan sekali-kali menggantung atau menarik, suggies melalui ekor mereka (ia boleh menyebabkan kecederaan serius). Jika anda mendapati bulu, atau apa-apa kecederaan pada ekor, anda perlu pergi kepada pakar veterinari haiwan yang berpengalaman.

**Jangan gunakan roda mainan yang mempunyai palang, yang biasa digunakan oleh gerbil dan hamsters. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius pada ekor suggies jika tersangkut. Gunakan jenama yang selamat dan sudah dicop halal - Wodent Wheel, Wobust Wheel etc. Roda mainan seperti yang tersebut adalah lebih besar berbanding roda biasa. Dan ia memang khas untuk Sugar Gliders. Anda sudah ada belum?

***Ada suggies yang tak berkenan bermain roda mainan, seperti baby saya (lambat kenalkan pada roda mainan). Namun, jangan risau.. anda boleh mengajar mereka untuk suka bermain di dalamnya. Pasti ada cara- masukkan suggies, perlahan-lahan gerakkan roda supaya mereka mula berjalan. Bila mereka sedar apa kegunaannya, pasti mereka tidak akan berhenti bermain!

Selamat membaca

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    sy bole D katakn masih baru m'bela sg{kwn taknak dia bagi sy}..
    apa tips nk bg ekor sg kembang cmni?
    yg sy punya xbpe nk kembang..

    ReplyDelete