Andai ku tahu ....(pasti akan ku lebih memberikan perhatian dan momen-momen tika bersamamu).
Ummi rindu QiQi...kau menghilang tanpa sebarang petanda hanya memori-memori indah buat Ummi.
Benar, pencarian dan penantian itu satu penyeksaan.
Sebak dihati ini hanya Tuhan yang tahu...macam kehilangan seorang anak...Ummi benar-benar terkesan dengan kehilangan ini. Seminggu Ummi menanti dalam debar dan disepanjang waktu itulah juga, terbayang-bayang wajah dan tingkahmu...terngiang-ngiang jerit manjamu...gigitan dan carekkanmu...
Sampai satu tahap, Ummi jatuh sakit sayang....2hari Ummi tak boleh bangun...tekanan darah Ummi teramat rendah..Ummi dah macam kesasauan. Dimana-mana Ummi macam ternampak-nampak kelibatmu...dimana-mana juga terdengar-dengar bisik loceng dan decitan yang selalu kau alunkan buat Ummi.
Oh...Ummi kena kuat. Ummi kena tabahkan hati. Ummi kena terima ketentuan jika sampai sini sahaja jodoh kita bersama. Namun dihati kecil ini tetap mengharapkan kepulanganmu. Pulanglah sayang,carilah jalan pulang jika kau tersesat...namun, berhati-hati membawa diri. Terlalu banyak onar diluar sana yang boleh mengancam nyawamu. Ummi tak mampu membayangkan perkara-perkara buruk.
Kini, Ummi terpaksa mencari penggantimu...
Ummi tak mampu hidup tanpa ada bayanganmu...kasihsayang ini masih belum terluak untuk dihulurkan kepada spesismu.Izinkan Ummi memberi kasihsayang yang seterusnya ini kepada Sofy...Moga kehadirannya dapat membangkitkan semula keghairahan Ummi, kegembiraan Ummi...menyemarakkan semula hidup Ummi yang kelam tanpa MU.
Namun, Qiqi...tempatmu tiada gantinya. Kau tetap Qiqi manjaku...tiada yang sama setara mu...Kau tetap ada dihati ku selamanya...Ummi perlu teruskan kehidupan ini. Ummi perlu tabah menerima ujian ini...
No comments:
Post a Comment